| Kerjasama HP dan FSKSM |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Monday, 03 October 2011 06:10 |
Kerjasama Industri - HP dan FSKSM
9 Sept. 2011 - Satu perjumpaan telah diadakan oleh pihak HP, Technology Education Leader Sdn. Bhd. dan Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat. Perjumpaan tersebut bertujuan untuk mengenalpasti peluang kerjasama industri antara pihak HP dan FSKSM. Peluang kerjasama industri tersebut yang telah dipersetujui adalah mengenalpasti potensi untuk mengadakan kursus profesional HP untuk pelajar tahun akhir Jabatan KP seramai 50 orang dan fasiliti yang diperlukan. Di masa-masa akan datang pihak FSKSM dan HP berminat untuk mewujudkan makmal berimpak tinggi untuk memacu penyelidikan ke peringkat lebih tinggi. Pihak FSKSM diwakili oleh PM Dr. Wan Mohd Nasir Wan Kadir manakala pihak dari syarikat Technology Education Leader Sdn. Bhd. diwakili oleh Datuk Ibrahim Thambychik. |
| Last Updated on Monday, 03 October 2011 06:26 |










